  | Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
      * Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;     * Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;     * Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;     * Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;     * Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;     * Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;     * Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;     * Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;     * Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;     * Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;     * Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;     * Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;     * Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;     * Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
  Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.  | 
0 comments:
Posting Komentar